Sunday, July 4, 2010



Nama Tempatan: Pokok ajaib
Nama Saintifik: Synsepalum dulcificum
Nama Lain: Miraculous berry, buah ajaib,pokok ajaib, miracle fruit,miracle berry,magic berry
Famili: Sapotaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan di Nurseri Melur
Asal: Afrika Barat


Keterangan:
pokok ajaib merupakan sejenis pokok yang unik.Bersesuaian dengan namanya buah yang berbentuk beri ini akan memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid.Walaupun buah ini sebenarnya hanya tawar, Ia menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Ini adalah disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil miraculin.Kesan ini akan dirasai antara satu hingga dua jam selepas makan buah tersebut.Buahnya sedang dikenal pasti sebagai antara sumber yang memberikan rasa manis semulajadi.Ia berasal dari afrika barat di kawasan yang beriklim tropika.Di afrika ia kadangkala digunakan untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi.

Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki. Ia menghasilkan buah sepanjang tahun.Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam.Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika mudah dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak.Setiap buah mempunyai satu biji. Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis.Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.

Untuk menanam pokok ini tanah yang agak berasid diperlukan.Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4.5 hingga 5.8. Ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.


Kegunaan:
Dalam perubatan buah ini digunakan untuk merawat demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Kandungan gula semulajadi yang dihasilkan oleh buahnya juga amat berguna untuk membantu pesakit kencing manis.

Sape2 yang sakit gigi cuba makan daun ni. satu lai cukup. rasakan keajaibannya.

Kalau makan buah ajaib ni rasanya manis, lepas tu try makan buah yang masam terus jadi manis..itu lah keajaiban.

0 comments:

Post a Comment